::pengenalan kepada unjuran ortografik sudut ketiga::

Thursday, 29 March 2012

Konsep Teori Pembentukan Bentuk :

Dalam industri banyak objek yang berbentuk rumit, yang mana memerlukan  lebih daripada satu pandangan untuk menunjukkan bentuk objek tersebut.  Lukisan piktorial atau lukisan bergambar (three dimensional ) kerap kali digunakan oleh orang – orang yang tidak memahami teknikal , tetapi bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan teknikal,  lukisan yang paling sesuai digunakan adalah lukisan pelbagai bentuk ( multiview projection ) yang juga dikenali sebagai lukisan ortografik ( orthographic projection ).


Pengenalan :

 Unjuran ortografik adalah merupakan satu sistem yang digunakan dalam bidang kejuruteraan untuk menerangkan bentuk dan dimensi bagi pelbagai rupa peralatan kejuruteraan.  Ia adalah merupakan sistem banyak pandangan dimana keseluruhan bentuk objek dapat ditunjukkan dengan jelas tanpa mempengaruhi dimensi objek yang sebenar.

Definisi :

 Secara lebih tepat unjuran ortografik ditakrifkan sebagai satu kaedah yang menghasilkan bentuk objek dengan tepat dalam dua atau lebih pandangan di atas satah – satah yang  biasanya bersudut tepat diantara satu dengan lain.

Kegunaan dan kepentingan lukisan ortogafik:


 Oleh kerana ini penting adalah menjadi tanggungjawab stiap pelajar memahami topik ini.  Penggunaan unjuran ini amat meluas sekali terutama dalam topik lukisan keratan, lukisan mesin dan lukisan pemasangan.  Memahami konsep asas, memahami contoh bentuk – bentuk asas , membiasakan diri dengan latihan – latihan mudah, sederhana dan latihan – latihan yang lebih rumit adalah amalan yang baik untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

 Pada peringkat permulaan , pelajar – pelajar akan diajarkan bagaimana memindahkan bentuk isometrik kepada bentuk ortografik dan kemudian menlengkapkan pandangan – pandangan ortografik dengan kaedah garisan unjuran.  Kaedah ini akan digunakan dalam lukisan keratan dan lukisan mesin. 

0 comments:

Post a Comment