::Ortografik Unjuran Sudut Ketiga::

Saturday, 31 March 2012

Rajah 10 menunjukkan satu bongkah yang diletakkan dalam ruang sudut ketiga dan dikelilingi oleh satah – satah menegak dan satah mendatar.  Dari arah pandangan A,B dan juga C lukisan permukaan objek yang terhasil dirakamkan pada setiap satah yang terdapat di hadapan objek.  Kaedah ini menghasilkan konsep MATA – SATAH – OBJEK untuk unjuran sudut ketiga.


Susunan pandangan – pandangan dalam unjuran sudut ketiga adalah seperti contoh dalam Rajah 11.  Pandangan atas adalah selari di atas pandangan hadapan dan mempunyai ukuran panjang , lebar dan tinggi objek.  Manakala pandangan sisi pula kedudukannya selari dalam kedudukan mendatar dengan pandangan hadapan yang juga mempunyai ukuran panjang, lebar dan tinggi objek.





Contoh pada Rajah 12 menunjukkan enam pandangan yang boleh dilukis dalam lukisan unjuran iaitu pandangan sisi kiri, sisi kanan, pandangan belakang, pelan dan juga pandangan bawah.  Walau bagaimanapun hanya tia pandangan sahaja yang diperlukan untuk tujuan lukisan unjuran yang sebenarnya. Untuk unjuran sudut ketiga, tiga pandangan utama adalah pandangan hadapan, pandangan atas dan juga sisi kiri atau sisi kanan sahaja.




Simbol lukisan unjuran

Perbezaan diantara unjuran sudut pertama dengan sudut ketiga adalah pada susun atur kedudukan pandangan – pandangan pelan , hadapan dan sisi yang berlainan. Untuk mengelakkan kekeliruan kepada pembaca lukisan , satu simbol lukisan unjuran diperkenalkan seperti Rajah 13. Simbol ini lazimnya ditempatkan pada bahagian penjuru sebelah kanan ( title block ) kertas lukisan.


JOM TENGOK NIE!





::Ortografik Unjuran Sudut Ketiga::



Keadah melukis lukisan Ortografik













Sistem Unjuran Pandangan Unjuran Sudut Ketiga











TUTORIAL LUKISAN ORTOGRAFIK



::pengenalan kepada unjuran ortografik sudut ketiga::

Thursday, 29 March 2012

Konsep Teori Pembentukan Bentuk :

Dalam industri banyak objek yang berbentuk rumit, yang mana memerlukan  lebih daripada satu pandangan untuk menunjukkan bentuk objek tersebut.  Lukisan piktorial atau lukisan bergambar (three dimensional ) kerap kali digunakan oleh orang – orang yang tidak memahami teknikal , tetapi bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan teknikal,  lukisan yang paling sesuai digunakan adalah lukisan pelbagai bentuk ( multiview projection ) yang juga dikenali sebagai lukisan ortografik ( orthographic projection ).


Pengenalan :

 Unjuran ortografik adalah merupakan satu sistem yang digunakan dalam bidang kejuruteraan untuk menerangkan bentuk dan dimensi bagi pelbagai rupa peralatan kejuruteraan.  Ia adalah merupakan sistem banyak pandangan dimana keseluruhan bentuk objek dapat ditunjukkan dengan jelas tanpa mempengaruhi dimensi objek yang sebenar.

Definisi :

 Secara lebih tepat unjuran ortografik ditakrifkan sebagai satu kaedah yang menghasilkan bentuk objek dengan tepat dalam dua atau lebih pandangan di atas satah – satah yang  biasanya bersudut tepat diantara satu dengan lain.

Kegunaan dan kepentingan lukisan ortogafik:


 Oleh kerana ini penting adalah menjadi tanggungjawab stiap pelajar memahami topik ini.  Penggunaan unjuran ini amat meluas sekali terutama dalam topik lukisan keratan, lukisan mesin dan lukisan pemasangan.  Memahami konsep asas, memahami contoh bentuk – bentuk asas , membiasakan diri dengan latihan – latihan mudah, sederhana dan latihan – latihan yang lebih rumit adalah amalan yang baik untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

 Pada peringkat permulaan , pelajar – pelajar akan diajarkan bagaimana memindahkan bentuk isometrik kepada bentuk ortografik dan kemudian menlengkapkan pandangan – pandangan ortografik dengan kaedah garisan unjuran.  Kaedah ini akan digunakan dalam lukisan keratan dan lukisan mesin.